Alhamdulillah, selesai Upgrade Server kepada CloudLinux.

Selain daripada kelebihan untuk pengguna hosting memilih versi PHP, CloudLinux juga memberikan nafas baru kepada hosting UsahawanTerbilang.com & MinisiteMudah.com
CloudLinux membantu Meningkatkan kestabilan pada server.

Semua inovasi CloudLinux, seperti CageFS, bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan kestabilan pada server.

Sistem operasi lain membolehkan keseluruhan kuasa server dikongsikan bersama dengan kesemua pelanggan didalam server yang sama. Ini bermaksud, jika terdapat account pelanggan yang bermasalah, hingga menyebabkan server load tinggi contohnya jika berlaku SPAMMING atau DDOS attack, server akan jadi slow dan kesemua account pelanggan yang lain akan terasa slow juga

Tetapi dengan CloudLinux, server kekal stabil dengan mengasingkan kesan kepada penyewa yang bersalah/bermasalah sahaja.

Maksudnya jika ada penyewa hosting yang bermasalah, masalah hanya terkesan pada akaun tersebut sahaja, semua pengguna lain masih selamat dan stabil.

CloudLinux menggunakan teknologi tahap kernel untuk menetapkan had sumber(CPU/Processor, Memori, etc) bagi setiap penyewa hosting.

Ini memastikan penyewa tidak boleh menggunakan lebih daripada sumber-sumber yang diberikan kepada mereka.

MySQL Governor:
MySQL adalah salah satu punca utama isu-isu pada shared hosting server.
CloudLinux memantau penggunaan MySQL, dan mampu throttles abusers dan menghalang mereka daripada membebankan server, meningkatkan kestabilan keseluruhan dan prestasi.
Kernel CloudLinux mampu melindungi server daripada serangan symlink, mengesan dan menyekat eksploitasi penglihatan ProcFS kepada hanya apa yang perlu - membuat server kita lebih selamat.
banyak lagi kelebihan-kelebihan lain dan anda boleh baca di https://cloudlinux.com kepada yang berminat.

Sekian dahulu perkongsian dari saya untuk hari ini, Semoga bermanfaat.

P/S: Semoga customer hosting usahawanterbilang.com & minisitemudah.com semakin happy dengan perkhidmatan yang disediakan dan semoga website anda semua dapat menjanakan pendapatan untuk anda semua dan moga server kita semakin improve performance inshaAllah, Aamiin....



Çərşənbə axşamı, İyul 21, 2015





<< Geri