Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua pelanggan-pelanggan webhosting SSDHosting yang dihormati.

Kami dalam proses memindahkan panel hosting daripada cPanel kepada DirectAdmin, bermula pada hujung bulan ini, sehingga ke awal tahun hadapan.

Semua pelanggan yang menggunakan cPanel, akan mendapati panel hosting akan berubah kepada DirectAdmin. Walaubagaimana pun, tidak banyak berbeza fungsi-fungsi DirectAdmin jika dibandingkan dengan cPanel.
Pemindahan Panel ini terpaksa dilakukan memandangkan cPanel telah mula menaikkan harga lesen cPanel mereka mengikut format "Licence-Per-User" dan kami ingin mengekalkan harga sedia ada dan tidak membebankan kepada pelanggan-pelanggan kami.
Walaubagaimana pun kami buka ruang untuk pelanggan-pelanggan yang masih ingin kekal menggunakan cPanel dan kami akan menyediakan server baru khas untuk pengguna-pengguna cPanel dgn sedikit penambahan kos yang sewajarnya.
Sila WhatsApp pegawai bertugas aka En Yasir untuk perbincangan dan booking slot untuk akaun hosting anda kekal menggunakan cPanel sebelum 25 Disember 2021.
Kami perlu mengumpul senarai pengguna-pengguna yang ingin mengekalkan menggunakan cPanel untuk hosting mereka, untuk membuat persiapan server baru.
Harap Maklum.


Tuesday, December 7, 2021





« 返回